Assalammualaikum....
Rasanya dah dekat setahun atau 2 tahu aku tak update blog ni . well no idea .
okey, berbalik kepada topik aku adalah pasal kehidupan seorang guru .
For all your information, sekarang ni aku jadi guru but not as guru tetap just temporary .
Kira macm guru ganti je lah . Simple je nak apply guru ganti ni . Kalian hanya perlu isi borang secara online atau nak lebih detaillah katakan pergi je directly dekat Pejabat Pendidikan Daerah. Mana-mana yang berekatanlah aku suggestkan. Kalau nak lebih bagus dan efisien kan,pergi je tanya dekat mana-mana sekolah ada nak pakai guru tak. Kalau ada decide je terus.Diaorang akan jadikan kita sebagai calon sekolah tu.
Pengalaman aku sebagai seorang guru ganti, aku rasa amat bermakna. Aku suka gila profession ni.
Pada suatu masa dahulu,guru pernah menjadi salah satu cita-cita dalam hidup aku. Cabaran guru dahulu dan sekarang sangat berbeza. Teramat berbeza dan cabarannya lebih besar. Aku pon terkejut dengan sikap pelajar-pelajar sekarang. Contohlah : keluar masuk kelas sesuka hati, ugut cikgu, membahan cikgu directly.
Tapi kalau kita dapat mengubah mereka semua itu suatu pengalaman yang sangat bermakna dan at the end korang akan rasa sayang gila nak tinggalkan dia orang. Baru pertama kali aku mengajar,ramai guru telah bertanyakan pada aku dah lama ke mengajar sebab murid-murid bagus dengar kata. Duduk baik-baik je. Kita kena banyakkan bersabar. Jangan berniat nak habiskan syllabus je. Tapi murid-murid tetap ketinggalan. Budak-budak ni senang je didik, layan kan aje mereka . Hahahahaha (walaupun dalam hati sakitnya) .
Paling penting sekali dalam menjadi seorang guru ni,kita bukan hanya perlu mengajar dalam masa yang sama menjadi teman rapat mereka. Aku mengaku nak pikat hati budak-budak ni susah. Lebih-lebih lagi kelas yang hujung, dia orang lebih banyak bermain dari belajar. Boleh dikatakan kita ni mengajar dinding. Yang paling utama, bila bagi latihan kena bagi jawapan sekali. Tak ada fungsi pon latihan tu, kalau kesudahan kita yang bagi jawapan . Tapi biar kita bagi jawapan dalam masa yang sama, suruh mereka membacanya kembali. Itu lebih bagus. Jangan salin membabi buta je.
Seriously, aku suka sangat mengajar ni. Tapi kena pulak berhenti sebab dah dapat kerja tetap. Sayangnya aku hanya menjadi guru selama 3 minggu je. huhuhuhuhu. Seriously, aku suggest sesiapa yang menggangur tu bolehlah apply guru ganti tapi ingat kita kena mengajar dengan bersungguh-sungguh bukan sekadar mengharapkan gaji je. Daripada seorang gurulah lahirnya seorang doktor, saintis , boleh dikatakan semua pekerjaan lah . Walaupun kita di alam universiti, guru tetap mengajar kita yang bezanya panggilan itu iaitu pensyarah.
P/S : Semoga berjaya mendidik pelajar. Guru suatu pekerjaan yang mulia. :)