Monday, November 26, 2012

Mandi Lambat

okey ,enrty aku hari ni agak geli-geliman sikit . sikit je , tak banyak pon !
korang bengang tak dengan sesetengah pengguna tandas yang suka buat tandas tu macam tandas dia yang punya .? macam tak ingat pulak dekat orang lain kan ? aje angin satu badan aku bila menunggu ni ..
Dah tu bila keluar boleh pulak cakap ,"dah lama tunggu ke?" .. macam tak bersalah langsung . 
tak da hati ,paru-paru dengan jantung je . panas,panas dan panas .

Persoalannya di sini , mengapa orang mandi sangatlah lama ?
dia orang rasa itu tandas dia yang punya ke ? keturunan dia buatkan khas ? memang cantiklah kan kalau macam tu. orang macam ni meleceh tahu tak ?
lain kali aku nak je pesan , eh dalam bilik kau ada ruang tak?buatlah tandas sendiri dekat mana-mana yang selesa.lepas tu , kau nak mandi lebih dari sejam kau punya pasallah .aku tak peduli . janji aku dapat mandi.


sabar yea !
P/S : apa-apa pon sabar itu separuh daripada iman :)

Saturday, November 24, 2012

Bilik

hola , apa yang menarik pasal bilik ? macam-macam jenis bilik ada , contohnya bilik air , bilik tidur , bilik membaca dan bla bla bla .. sebut pasal bilik ni , aku yakin 200% orang akan ingat tempat tidur , yelahh pasal itu tempat paling selesa untuk landing badan . confirm baring-baring terlena tidur lepas tu . 

sebenarnya , aku dah sampai hostel .. sampai-sampai jer .. arghhhh penatnya . rasa nak terlentang terus tapi apa kan daya . tengok tilan dan bantal aku ni bogel !! maknanya tak da sarung bantal lah kan ? cadar pon tak da . korang semua jangan ingat aku pemalas tau . aku kan cuti semester ,jadi semua cadar dan sarung bagai aku tanggalkan . yealahh , buat cuci hilangkan habuk , hama yang macam ayam serama tu .. haishh , boleh gatal tau badan kalau benda-benda tu ada . 

masuk jer bilik , apa lagi .. mulalah kerja-kerja pembersihan aku . Firstly , keluarkan barang-barang yang ada dalam beg .keluarkan masukkan ke dalam almari bukan periuk yea ! al-maklumlah ..macam rancangan memasak pulak aku ni .siap semua pasang cadar , sapu bilik , mandi dan akhir sekali basuh baju yang kotor .  

ooopsss ... berhenti sekejap .aku dengar bunyi macam ada benda jatuh atas bumbunglah .. 
kelam kabut aku lari ke luar balkoni . tup tup tup , tengok seluar aku tinggal satu .. dah terbang dan jatuh atas bumbung dek angin yang kencang . haishhh , habislah aku nak gi posting atau kelas lepas ni . aku sayang gila kot dekat seluar tu walaupun panjang pada bahagian kaki dan longgar dipinggang .(bukan aku perasan dah kurus yea ! tapi memang aku beli saiz besar ) hehhehe .. grrr  sedihnya hati aku . gundah gulana lah lepas ni . elaun bulan depan masuk , apa lagi .. aku nak cari seluar baru . seluar slack kot .. huhuhu tapi aku sayang gila . RM 20 je pon , aku beli guna hasil aku tau .. 

okey2,lupakan pasal seluar SLACK aku tu .. yang penting sekarang aku rasa dah hanyut gila ni .mata tak tahan , mengantuk bagai . nak tidur , bateri pon tinggal 36 min . nanti dia sleep macam mana ? baik aku tulis cepat-cepat dan out pun dengan segera . mata ku dah tak tahan  .. tatattaa divas .. :)
tak da kena mengena pon ! tapi mengidam :)



P/S : tutti frutti very delicious . tak masal kan ?


Hampir tiba waktunya :(

hai semua . yea ! kenapa agaknya tajuk post aku hari ni sedemikian rupa ? sedihkan bunyinya . tapi realititnya , aku memang tengah sedih sebab hari ni jer lah aku berpeluang main-main .. oopsss ,jangan fikir bukan-bukan dengan "main-main" tu . maksud aku di sini , hari ni last  aku dapat :
  1. makan masakan dari mak ,
  2. jalan-jalan sama keluarga ,
  3. pakai streamyx free dekat rumah , 
  4. layan adik-adik aku yang becok (kalah bertih jagung)
  5. bawak motor ke hulu , ke hilir (perasan+berangan)
  6. kereta pulak (i'm gonna miss you) = sumpah sewel minah ni !
  7. baca surat khabar (sebab dekat rumah free)
okeylah , tak nak merapu banyak-banyak ,sebenarnya aku risau .bila balik asrama , aktiviti pembelajaran akan bermula macam biasa  . itu yang aku tak nak. result sem lepas lagi nak keluar . itu lagila aku tak sanggup nak tengok .. dup dap dup dap .tu lah bunyi jantung aku .(comel tak)
sudah cukup sudah  , forget about it . aku dah nak balik esok .. entah bila lagi agaknya , blog aku ini bakal ber"update" .

okey , sepanjang aku cuti 2 minggu ni .dan sekiranya aku berjalan-jalan menaiki kereta . Pastinya CD Zikir Terapi dari Hafiz Hamidun akan berkumandang di corong radio kereta kami .sungguh indah dan mengasyikkan alunan zikirnya beserta iringan muzik yang mendamaikan . bak kata orang, ketenteraman dan ketenangan tu pasti diperolehi . :) Aku bagi 5 stars untuk VCD ni .. tahu tak ? confirmlah tak tahu . susah gila tau aku cari VCD ni . hampir 5 buah kedai aku masuk dekat sekitar Petaling Jaya tau .Lastly , aku jumpa dekat MIDVALLEY . maaflah , nama kedai tu aku tak ingat . tapi yang peliknya , dekat kedai cina aku jumpa VCD ni , kedai melayu ape cer ??? tak de cer agaknya .. dua kedai melayu tau aku masuk , tapi haram je nak jumpa . sedih tau .. yang aku tengok dekat kedai-kedai tu , banyak sangat cita-cita universal yang hangat dipasaran mahupun pawagam ,.. macam mana kita nak boikot ISRAEL ni ? cuba jawab persoalan ni.. 


Zikir Terapi-Hahiz Hamidun

alrite divas dan jelitawans semua ..ceyhh , dah tiru ayat akak Melur Jelita . hehehe .
siapa Melur Jelita ?? dialah penulis novel Awak Suka Saya Tak ? (ASST) dan I Love You Stupid !(ILUS).
pernah tak baca semua novel-novel ni , serius rugi gila kalau tak baca . best gila untuk ASST je , aku dah baca hampir 6 kali dan bakal mengulanginya dalam masa yang terdekat ni . kalau masa mengizinkanlah . maklumlah kuliah bakal menjelang . okey,okey .let me explain one by one .. sebenarnya cuti 2 minggu aku dipenuhkan dengan aktiviti membaca novel. dalam 6 buah novel gitu !! kelas kau .. aku pon tak perasan sejak bila aku mula berjinak-jinak dengan novel ni . aku pon tak pasti..tak per , maybe ini hobi baru . meletops .. hehehehe
tak percaya ke ? ni , bukti-bukti aku baca 6 buah novel . sorrylah kualiti gambar tak cantik . maklumlah aku tak pakai DSLR atau hp yang mempunyai kamera berbelas-belas piksel . yang aku tahu , hp aku tu ada 2 megapiksel . okey apa ? janji boleh call dan mesej . itu lebih penting .

-6 buah dalam masa 2 minggu-
I LOVE YOU, STUPID !! - novel ni seriously awesome sangat-sangat . Penulis Melur Jelita . aku dah nyatakan dekat atas tadi . aku nak ulang balik baca . banyak fakta-fakta sejarah dalam novel ni . Kekejaman pada zaman penjajahan Komunis terhadap kemboja . Aku baca novel ni boleh insaf tau . lagi satu , menjaga aurat itu penting . itu yang diketengahkan dalam novel ini. Cuba-cubalah baca . Harganya agak berpatutan dalam RM 39.00  . sesuailah harga dan ketebalannya . Aku jadi addicted tau dekat buku ni . semakin aku baca,aku tak boleh nak berhenti . rasa macam dah nak habis , tapi rupa-rupanya banyak lagi . Rajin-rajinlah bukak blog ni Melur Jelita . 


Hello, mr Perfect - hah , buku ni aku baru habis baca tadi .ambil masa dalam 2 hari . penulis adalah waniey zakaria . novel ni tak sama macam novel-novel lain . for me lah , tak macam tipikal novel . yang menarik aboout this novel adalah percetakannya dah mencecah 9 kali .. banyak kan . best gila novel ni . dah lah nama hero sedap Muhammad Izzul Islam . namanya seindah wajahnya . terfikir pulak untuk letak nama kepada anak suatu hari nanti (perasan !! siapa nak kahwin dengan kau) .. hahhaha .. dah lupakan semua tu . ngee

-Dalam Mihrab Cinta-
okey , atas ni satu-satunya novel dari penulis indonesia yang aku baca . Dari Habiburrahman El Shirazy . 
Tajuk Dalam Mihrab Cinta . sedapkan ? lagi satu menarik pasal novel ni , ada filemnya tau . sangat popular penulis ni . Aku baca novel ni , mahu meleleh air mata . sedih tau .menginsafkan . macam-mcam dugaan yang ditempuhinya iaitu Syamsul Hadi (nama herolah) . nak berbuah kepada kebaikan, macam-macam cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi. tak rugi baca novel ni , sebab bahasa indonesia yang digunakan simple je   . tak susahlah nak faham.

OH CINTA !! - hah , buku ni sebenarnya ada banyak cerita yang dihasilkan oleh 3 orang penulis . agak best lah . yang paling aku suka part Shamnurizmil (minta maaf awal-awal kalau salah eja ) hehehe . bagi pembaca yang gemar baca ala-ala cerpen , sesuailah baca buku macam ni . simple but padat . hahhaha

BAJU PENGANTIN MAK ANDAM - okeylah .. aku suka sebab  baju yang direka sendiri , akhirnya tersarung ke badan sendiri apabila tiba hari terindah itu . kan best , kalau aku boleh design sendiri baju apa yang aku nak for the wedding of the year . lakar, then hantar dekat designer terkenal . wowwww, kelas kau !! angan-angan semua tu , banyak duit ? tapi tak mustahil , semua tu boleh berlaku . Bukan ke , cita-cita tu bermula dari angan-angan ?? think think lah yea . 

Last but not least , Protect The Boss - boleh tahan , fisrt time baca : aku ingat lelaki yang jadi bodyguard . rupa-rupanya seorang gadis brutal yang memiliki seni pertahankan diri . interesting . tapi jalan cerita belum memuaskan sangat . oopsss , minta maaf lagi sekali . itu pendapat aku . tapi seriously interesting !!!




taraaaaa...........
                              
P/S : mohon maaf , seandainya ada mana-mana pihak yang terasa . tiada manusia yang sempurna . :) enjoy yea all these novels .. tak rugi !!


Thursday, November 22, 2012

i'm Back


Hola , Hello , hey , hey !!.. ermmm , apa-apa je lah maksudnya still sama iaitu aku nak ucapkan hai .
okeylah tanpa membuang masa dan tak nak tambah masa untuk update blog bagai ni , mari aku teruskan pada tujuan utama aku . agak lama jugaklah aku menghilangkan diri dan membiarkan blog aku ni ditinggalkan bersawang tanpa sarang labah-labah . agak-agak dah berapa lama yea aku tak update blog kesayangan aku ni (betul ke sayang ? ) orang-orang yang bercinta kata , kalau sayang tak buat macam ni , biarkan tanpa teman . ermm , aku pon tak tahu . pasal apa ? sebab aku tak bercinta ! muktamad , still single and available . (boleh percaya ke?) kata orang ramai "hidup ni tak lengkap tanpa kisah cinta" . YES , actually i admit it . aku mengaku sebab kadang-kadang aku pon rasa jiwa aku ni kosong . tapi kalau rasa jiwa ni kosong , carilah cinta yang kekal abadi buat selama-lamanya . aku pasti semua orang tahu apa yang aku masksudkan . 

okey , tanpa membuang masa . apa lagi marilah kita kembali ke topik utama . sebenarnya , aku tak ramai followers , readers pon maybe tak banyak . tapi aku kisah apa akan semua tu , hidup ni bukannya untuk mengejar peminat  dan populariti mahupon kontroversi . dalam diam-diam aku tengok , one of my besties ni ,  alah , zaman sekolah rendahnya orang panggil dia unta . (sorry , saja2 gurau senda) . dan sekarang menuntut pelajaran di salah sebuah UNI dekat MESIR . aku pon tak pasti dan tak berapa tahu sangat . rasa-rasanya Uni Al-Azhar . (kalau tak silapalah ) . Okey , sebenarnya aku nak cakap satu je , pasal dia sebenarnya dia dah rajin update blog . sungguh ku tak sangka . tu lah biarkan lagi .blog ni bersarang dengan entah apa-apa je .
Dengan ini aku sertakan blognya sekali  BaitiTheDivas . cuba-cubalah klik padanya . confirm tak menyesal . She's a doctor-to-be tau .. hahaha .

a doctor ? being a doctor actually is one of my ambition ..eh , apasal aku speaking ni . dah kembali kepada bahasa ibunda aku pulak . Okey  , lupakan cita-cita aku . sebab aku suka doktor .. eh , ke situ pulak ??? 
sebenarnya, aku sedang meratapi saat-saat akhir aku di Muar ini . ayat sadis gila kan ? makna taknya . cuti aku dah nak habis . Ahad ni aku bakal pulang ke kota yang sesak , penuh dengan ribuan manusia yang sibuk ke kerja atau mana-mana saja . serabut terus otak aku bila fikir nak balik sana . yerlaah result bakal keluar . itulah sebenarnya yang paling aku risau .aku tak yakinlah untuk exam yang lepas tu . sebab entahlah . Hanya Allah sahaja yang tahu . tapi aku kena belajar bersyukur dan ikhlaskan hati , walau apa pon result yang bakal aku dapat . tapi demi Allah , aku takut nak menghadapi cabaran yang bakal aku tempuhi ni . Ya Allah , aku mohon padamu berikanlah keputusan yang terbaik untuk aku . -Amin- .

sebab aku dah lama tak update blog ?? senang je jawapannya .:
  1. malas .
  2. tak da idea (kekontangan belaka)
  3. tak da mood
  4. no story
itulah 4 reasons yang aku boleh bagi . but the truth banyak lagi sebab2 munasabah yang tak sanggup aku nak nyatakan . apa-apa jer lah aku ni . itu semua mengarut . bila aku tengok cerita Istanbul Aku Datang . menjadi-jadi pulak aku nak update blog . sumpah movie tu cool+awesome+sweet sangat-sangat . tak menyesal aku tengok . rasa macam nak tengok lagi . tapi apa yang penting , aku teringin gila nak menjejakkan kaki ke Turki . aku nak ziarah Aya Sofya , sebenarnya banyak gila ejaan untuk tempat ni . tapi serius cantik .. mula-mulanya adalah gereja , kemudian masjid dan sekarang adalah muzium . mahu saja , aku lihat akan kesan sejarahnya dan keunikannya . 


Istanbul Aku Datang





P/S : okeylah , jom tutup blogger , then lappy . kita tengok Forum Perdana  yang ditayangkan di TV1 .