Saturday, November 24, 2012

Hampir tiba waktunya :(

hai semua . yea ! kenapa agaknya tajuk post aku hari ni sedemikian rupa ? sedihkan bunyinya . tapi realititnya , aku memang tengah sedih sebab hari ni jer lah aku berpeluang main-main .. oopsss ,jangan fikir bukan-bukan dengan "main-main" tu . maksud aku di sini , hari ni last  aku dapat :
  1. makan masakan dari mak ,
  2. jalan-jalan sama keluarga ,
  3. pakai streamyx free dekat rumah , 
  4. layan adik-adik aku yang becok (kalah bertih jagung)
  5. bawak motor ke hulu , ke hilir (perasan+berangan)
  6. kereta pulak (i'm gonna miss you) = sumpah sewel minah ni !
  7. baca surat khabar (sebab dekat rumah free)
okeylah , tak nak merapu banyak-banyak ,sebenarnya aku risau .bila balik asrama , aktiviti pembelajaran akan bermula macam biasa  . itu yang aku tak nak. result sem lepas lagi nak keluar . itu lagila aku tak sanggup nak tengok .. dup dap dup dap .tu lah bunyi jantung aku .(comel tak)
sudah cukup sudah  , forget about it . aku dah nak balik esok .. entah bila lagi agaknya , blog aku ini bakal ber"update" .

okey , sepanjang aku cuti 2 minggu ni .dan sekiranya aku berjalan-jalan menaiki kereta . Pastinya CD Zikir Terapi dari Hafiz Hamidun akan berkumandang di corong radio kereta kami .sungguh indah dan mengasyikkan alunan zikirnya beserta iringan muzik yang mendamaikan . bak kata orang, ketenteraman dan ketenangan tu pasti diperolehi . :) Aku bagi 5 stars untuk VCD ni .. tahu tak ? confirmlah tak tahu . susah gila tau aku cari VCD ni . hampir 5 buah kedai aku masuk dekat sekitar Petaling Jaya tau .Lastly , aku jumpa dekat MIDVALLEY . maaflah , nama kedai tu aku tak ingat . tapi yang peliknya , dekat kedai cina aku jumpa VCD ni , kedai melayu ape cer ??? tak de cer agaknya .. dua kedai melayu tau aku masuk , tapi haram je nak jumpa . sedih tau .. yang aku tengok dekat kedai-kedai tu , banyak sangat cita-cita universal yang hangat dipasaran mahupun pawagam ,.. macam mana kita nak boikot ISRAEL ni ? cuba jawab persoalan ni.. 


Zikir Terapi-Hahiz Hamidun

alrite divas dan jelitawans semua ..ceyhh , dah tiru ayat akak Melur Jelita . hehehe .
siapa Melur Jelita ?? dialah penulis novel Awak Suka Saya Tak ? (ASST) dan I Love You Stupid !(ILUS).
pernah tak baca semua novel-novel ni , serius rugi gila kalau tak baca . best gila untuk ASST je , aku dah baca hampir 6 kali dan bakal mengulanginya dalam masa yang terdekat ni . kalau masa mengizinkanlah . maklumlah kuliah bakal menjelang . okey,okey .let me explain one by one .. sebenarnya cuti 2 minggu aku dipenuhkan dengan aktiviti membaca novel. dalam 6 buah novel gitu !! kelas kau .. aku pon tak perasan sejak bila aku mula berjinak-jinak dengan novel ni . aku pon tak pasti..tak per , maybe ini hobi baru . meletops .. hehehehe
tak percaya ke ? ni , bukti-bukti aku baca 6 buah novel . sorrylah kualiti gambar tak cantik . maklumlah aku tak pakai DSLR atau hp yang mempunyai kamera berbelas-belas piksel . yang aku tahu , hp aku tu ada 2 megapiksel . okey apa ? janji boleh call dan mesej . itu lebih penting .

-6 buah dalam masa 2 minggu-
I LOVE YOU, STUPID !! - novel ni seriously awesome sangat-sangat . Penulis Melur Jelita . aku dah nyatakan dekat atas tadi . aku nak ulang balik baca . banyak fakta-fakta sejarah dalam novel ni . Kekejaman pada zaman penjajahan Komunis terhadap kemboja . Aku baca novel ni boleh insaf tau . lagi satu , menjaga aurat itu penting . itu yang diketengahkan dalam novel ini. Cuba-cubalah baca . Harganya agak berpatutan dalam RM 39.00  . sesuailah harga dan ketebalannya . Aku jadi addicted tau dekat buku ni . semakin aku baca,aku tak boleh nak berhenti . rasa macam dah nak habis , tapi rupa-rupanya banyak lagi . Rajin-rajinlah bukak blog ni Melur Jelita . 


Hello, mr Perfect - hah , buku ni aku baru habis baca tadi .ambil masa dalam 2 hari . penulis adalah waniey zakaria . novel ni tak sama macam novel-novel lain . for me lah , tak macam tipikal novel . yang menarik aboout this novel adalah percetakannya dah mencecah 9 kali .. banyak kan . best gila novel ni . dah lah nama hero sedap Muhammad Izzul Islam . namanya seindah wajahnya . terfikir pulak untuk letak nama kepada anak suatu hari nanti (perasan !! siapa nak kahwin dengan kau) .. hahhaha .. dah lupakan semua tu . ngee

-Dalam Mihrab Cinta-
okey , atas ni satu-satunya novel dari penulis indonesia yang aku baca . Dari Habiburrahman El Shirazy . 
Tajuk Dalam Mihrab Cinta . sedapkan ? lagi satu menarik pasal novel ni , ada filemnya tau . sangat popular penulis ni . Aku baca novel ni , mahu meleleh air mata . sedih tau .menginsafkan . macam-mcam dugaan yang ditempuhinya iaitu Syamsul Hadi (nama herolah) . nak berbuah kepada kebaikan, macam-macam cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi. tak rugi baca novel ni , sebab bahasa indonesia yang digunakan simple je   . tak susahlah nak faham.

OH CINTA !! - hah , buku ni sebenarnya ada banyak cerita yang dihasilkan oleh 3 orang penulis . agak best lah . yang paling aku suka part Shamnurizmil (minta maaf awal-awal kalau salah eja ) hehehe . bagi pembaca yang gemar baca ala-ala cerpen , sesuailah baca buku macam ni . simple but padat . hahhaha

BAJU PENGANTIN MAK ANDAM - okeylah .. aku suka sebab  baju yang direka sendiri , akhirnya tersarung ke badan sendiri apabila tiba hari terindah itu . kan best , kalau aku boleh design sendiri baju apa yang aku nak for the wedding of the year . lakar, then hantar dekat designer terkenal . wowwww, kelas kau !! angan-angan semua tu , banyak duit ? tapi tak mustahil , semua tu boleh berlaku . Bukan ke , cita-cita tu bermula dari angan-angan ?? think think lah yea . 

Last but not least , Protect The Boss - boleh tahan , fisrt time baca : aku ingat lelaki yang jadi bodyguard . rupa-rupanya seorang gadis brutal yang memiliki seni pertahankan diri . interesting . tapi jalan cerita belum memuaskan sangat . oopsss , minta maaf lagi sekali . itu pendapat aku . tapi seriously interesting !!!




taraaaaa...........
                              
P/S : mohon maaf , seandainya ada mana-mana pihak yang terasa . tiada manusia yang sempurna . :) enjoy yea all these novels .. tak rugi !!


2 comments:

  1. byknyaaa buku!!!! nnt balik nk borr0w! >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ketagih dengan novel sekarang , setiap bulan mesti ada satu :)
      boleh nak pinjam tapi bayarlah

      Delete