Aku ? Cinta ? Ada apa dengan cinta ?
Dan kenapa aku menjadi
Minah Jiwang ?
Cerita pasal aku ? Lagilah pelik kan ? Cerita pasal cinta
pulak tu . Definisi cinta aku ringkas iaitu menyayangi seseorang Hamba Allah
itu dengan ikhlas dan tidak melebihi cinta kita kepada-Nya. Islamik bukan ?
Tetapi bukan itu topik yang aku ingin ke utarakan . Bukan pasal definisi cinta ?
Tentu sekali bukan tapi ini luahan hati aku sendiri . Yang telah lama aku
pendamkan .
Semakin hari aku semakin sayang pada dia . Tapi dia
bagaimana ?? Persoalan di situ . Yang tak mampu dijawab oleh isi hati aku
sendiri hanya tuan badan yang mengetahuinya .
Kenapa dia layan aku baik sangat ? Aku tak suka tapi bukan
beerti aku tak bersyukur . Aku rasa amat dihargai cuma aku tak sanggup dikecewakan .
Kecewa ? Kenapa ? bukannya aku pernah bercinta seperti drama "Sehangat Asmara" . Entah wujud ke tidak drama tu . :) . Entah kenapa aku tak pasti akan perasaan aku sendiri .
Kadang-kadang tu aku suka tengok dia . Curi - curi tengok . Tapi aku fikir balik layak ke aku untuk dia ?? Dia sangat perfect ! just perfect !! Baik dari segi akhlak dan agama. Aku suka tengok dia .
Ya Allah , jika benar dia untuk aku dan dialah Jodohku . Kau dekatkanlah hati kami untuk saling menyayangi . Jika benar dia untuk aku,kau bukakanlah pintu hati kami agar kami dapat bersama . Jika dia bukan jodoh aku ,kau relakan hati aku ini untuk menerimanya . Amin , Amin , Ya Rabbal Al-Amin.
P/S : Jika termakbul doaku ini , aku amat bersyukur kerana kau,Ya Allah telah mengurniakan yang terbaik dalam hidupku.


No comments:
Post a Comment