Friday, April 27, 2012

Dunia Kini .



Assalammualaikum. ...
i'm back , ada yang rindu aku tak ? aku tahu jawapannya tak da coz i got no followers .. hahahha ..
tak per aku tak kisah semua tu  ! janji BAHAGIA . minta-mintalah kan ? mana tahu akan datang aku akan jadi popular .

okeylah , firstly aku dah 4 minggu posting . i meant praktikal . last week , aku posting dekat bilik B1 . bilik tu khas untuk fluoroscopy , kes-kes yang dijalankan adalah seperti HSG , Barium Enema , Gastrographine Upper GI , loopogram , ERCP dan lain-lain lagi . pendek kata banyak sangat kesnya . aku pon tak hafal sangat nama -nama prosedur tu , asal nak start jer , mulalah aku cari buku . mencari-cari .. hah , kalau nak tahu nama-nama short forms tu atau nak maklumat lanjut . bolehlah gunakan laman web google.com . pasti jawapan anda akan dijawab olehnya . jangan risau dunia dah maju . maklumat di hujung jari , just "one" click 

Dan , sepanjang aku posting kat bilik tu lah , aku asyik jumpa abang hensem ni lagi tuff . tapi nasib baik aku tak minat pon dia , entah kenapa ramai yang tergila-gilakan dia . Biasalah tu , bila kita suka orang lain pulak yang tak berkenan . Dunia tak lari dengan hukumnya .. Nak tahu ke sapa "abang " tu .Alahh , dia seorang artis . dan sebenarnya aku dah bosan dahh tengok asyik jumpa  jer.  okeylah "abang " tu adalah En. Fahrin Ahmad . Ni lah dia . hensem tak ? pakai baju melayu lagi . pink . agak sesuai .. 

-Fahrin Ahmad-


cukup-cukuplah kita cerita pasal dia , Hari ni Malaysia ada Perhimpunan Bersih . aku haraplah dia orang sama-sama menjaga kebersihan alam . jangan dok bersihkan politik ,. apa dapat ? politik sana -sini . bosan dah aku . apa yang menarik sangat agaknya . aku peliklah , bila dunia dah aman . orang nak buat huru-hara . dah tak reti nak bersyukur agaknya . suka naka kembalikan ketidaktenteraman  (perghh ayat aku dah bombastik sangat ) . apa-apa , aku harapkan yang terbaik , rakyat Malaysia fikirlah baik-baik dengan segala tindakan yang akan anda lakukan , bak kata pepatah  : " Terlajak perahu boleh diundur , Terlajak kata tak boleh diundur " - makan diri lah nanti . Renung-renungkan dan selamat beramal .. ~ XD

sebenarnya , aku teringin gila nak pergi Pesta Buku Antarabangsa. lagi dulu weyhh aku teringin sangat nak pergi . aku dah tak boleh tahan nafsu ni . Maklumlah , sekarang ni aku kan dah jadi kaki novel . so apa lagi , inilah masanya untuk mendapatkan buku-buku dengan harga yang berpatutan . pergi sana , dah tentulah banyak puilihan . tapi bila ya , aku nak pergi ? risau pulak fikir . eii , risau pulak  pening maksud aku .
nantilah aku ajak geng , dia memang kaki novel gila-gila dari aku . aku ni baca novel sekurang-kurangnya satu buku sebulan , orang lain sehari dah sudahhhh . entahlah lain orang , lain perangai . hehehe .
okeylah , tatap lah poster bawah ni puas-puas , lepas tu boleh fikir nak pergi ke tak ? terpulang ~~~




-Menarik kan ? -


P/S : Selamat Membaca








Wednesday, April 4, 2012

i'm back !

Assalammualaikum...


seperti biasa aku mulakan aktiviti update blog aku dengan Ayat Bismillah  supaya lebih berkat . moga - moga ramai follower .. hahaha .. aje bengong . ! hidup ni  nak ramai follower pulak . entah apa-apa jer . kalau tulis benda yang berfaedah tu bolehlah terima  lagikan .  


Firstly , Alhamdulillah aku dah habis exam untuk 2nd semester ni ! dan resultnya bakal diumumkan dalam masa sebulan . tak tahulah apa bakal aku dapat . kalau 3.OO above lagi . Alhamdulillah , tak sia-sia aku larikan diri jauh dari bilik dan kawasan Anjung Puteri (Hostel akulah tu ) . Exam dah habis ? maksudnya aku sedang cuti semester lah ni . tapi tak lama pon hanya seminggu . alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan kepada kami , "kenapa cuti sekejap je ?" . Jawapannya adalah sebab " kita perlukan banyak praktikal , kalau cuti lama , takut skill yang ada sekarang hilang (maksudnya lupalah ) " . bolehlah diterima pakai jawapan tu , kalau fikir0fikir balik logik jugak . cuti tak lama , semester pon habis awal . terus kerja . tak yahlah aku nak menghadap lama-lama kolej pelik tu . 


cuti seminggu aku diisikan dengan aktiviti yang kurang berfaedah atau lebih tepat tak berfaedah langsung . 
bangun pagi , seperti biasa buat kerja-kerja polishing (ceyhh , macam ayat kat hospital ) atau lebih tepat housekeeping ! kerja-kerja surirumahlah senang cerita . Lepas siap kerja , "ON" lappy dan WIFI untuk main game dan tengok movie . kalau bosan game tengok movie .. tapi sebenarnya bosan dah dua-dua aktiviti ni . 
nak tahu game apa aku main ? semuanya game girl2 jer ! tak sangka kan ? ganas-ganas aku , still boleh masuk lagi game2 perempuan ni . aku sebenarnya tak ganas mana pon . Ini semuanya depan lelaki . alasan aku sebab aku tak nak lelaki pandang perempuan lemah (ah , sudahh .. mengarut punya alasan ) . apa-apa jer lahh ! 


okey-okey stop citer pasal game  . sebelum exam berlangsung . aku dan warga kolej ada melancong sikit ke dalam negeri . Destinasinya adalah Eagle Ranch Beach Resort , Port Dickson  . untuk makluman lanjut 
bolehlah klik dekat link warna purple tu . bolehlah melancong bawak family bagi yang dah berkahwin atau masih bujang .. release tension . asyik hadap keje je ! 

bolehlah tahan trip tu , not so BAD ! kalau nak have Fun sangat2 buatlah trip sendiri then pergi sorang2 . tal yah susahkan orang lain . okey ? ni bawah ni aku sertakan gambar , empat keping je  . aku harap cukuplah untuk ditayang-tayangkan ..  (hahhaha-gurau2) .  lengkap gambar dalam ni .. cuma waktu perjalanan pulang ke kolej tak da pulak . alasan aku lupa .. hehehe 
njut 


okey, aku harap readers semua bolehlah tengok gambar ni puas2 . lepas tu fikir nak buat trip ke tak .. hahahaha .. kalau nak buat pastikan lagi best yer dan yang penting bayaran tak mahal . 

P/S : terima kasih kerana sudi membaca .