seperti biasa aku mulakan aktiviti update blog aku dengan Ayat Bismillah supaya lebih berkat . moga - moga ramai follower .. hahaha .. aje bengong . ! hidup ni nak ramai follower pulak . entah apa-apa jer . kalau tulis benda yang berfaedah tu bolehlah terima lagikan .
Firstly , Alhamdulillah aku dah habis exam untuk 2nd semester ni ! dan resultnya bakal diumumkan dalam masa sebulan . tak tahulah apa bakal aku dapat . kalau 3.OO above lagi . Alhamdulillah , tak sia-sia aku larikan diri jauh dari bilik dan kawasan Anjung Puteri (Hostel akulah tu ) . Exam dah habis ? maksudnya aku sedang cuti semester lah ni . tapi tak lama pon hanya seminggu . alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan kepada kami , "kenapa cuti sekejap je ?" . Jawapannya adalah sebab " kita perlukan banyak praktikal , kalau cuti lama , takut skill yang ada sekarang hilang (maksudnya lupalah ) " . bolehlah diterima pakai jawapan tu , kalau fikir0fikir balik logik jugak . cuti tak lama , semester pon habis awal . terus kerja . tak yahlah aku nak menghadap lama-lama kolej pelik tu .
cuti seminggu aku diisikan dengan aktiviti yang kurang berfaedah atau lebih tepat tak berfaedah langsung .
bangun pagi , seperti biasa buat kerja-kerja polishing (ceyhh , macam ayat kat hospital ) atau lebih tepat housekeeping ! kerja-kerja surirumahlah senang cerita . Lepas siap kerja , "ON" lappy dan WIFI untuk main game dan tengok movie . kalau bosan game tengok movie .. tapi sebenarnya bosan dah dua-dua aktiviti ni .
nak tahu game apa aku main ? semuanya game girl2 jer ! tak sangka kan ? ganas-ganas aku , still boleh masuk lagi game2 perempuan ni . aku sebenarnya tak ganas mana pon . Ini semuanya depan lelaki . alasan aku sebab aku tak nak lelaki pandang perempuan lemah (ah , sudahh .. mengarut punya alasan ) . apa-apa jer lahh !
okey-okey stop citer pasal game . sebelum exam berlangsung . aku dan warga kolej ada melancong sikit ke dalam negeri . Destinasinya adalah Eagle Ranch Beach Resort , Port Dickson . untuk makluman lanjut
bolehlah klik dekat link warna purple tu . bolehlah melancong bawak family bagi yang dah berkahwin atau masih bujang .. release tension . asyik hadap keje je !
bolehlah tahan trip tu , not so BAD ! kalau nak have Fun sangat2 buatlah trip sendiri then pergi sorang2 . tal yah susahkan orang lain . okey ? ni bawah ni aku sertakan gambar , empat keping je . aku harap cukuplah untuk ditayang-tayangkan .. (hahhaha-gurau2) . lengkap gambar dalam ni .. cuma waktu perjalanan pulang ke kolej tak da pulak . alasan aku lupa .. hehehe
njut okey, aku harap readers semua bolehlah tengok gambar ni puas2 . lepas tu fikir nak buat trip ke tak .. hahahaha .. kalau nak buat pastikan lagi best yer dan yang penting bayaran tak mahal .
P/S : terima kasih kerana sudi membaca .

No comments:
Post a Comment