Friday, April 27, 2012

Dunia Kini .



Assalammualaikum. ...
i'm back , ada yang rindu aku tak ? aku tahu jawapannya tak da coz i got no followers .. hahahha ..
tak per aku tak kisah semua tu  ! janji BAHAGIA . minta-mintalah kan ? mana tahu akan datang aku akan jadi popular .

okeylah , firstly aku dah 4 minggu posting . i meant praktikal . last week , aku posting dekat bilik B1 . bilik tu khas untuk fluoroscopy , kes-kes yang dijalankan adalah seperti HSG , Barium Enema , Gastrographine Upper GI , loopogram , ERCP dan lain-lain lagi . pendek kata banyak sangat kesnya . aku pon tak hafal sangat nama -nama prosedur tu , asal nak start jer , mulalah aku cari buku . mencari-cari .. hah , kalau nak tahu nama-nama short forms tu atau nak maklumat lanjut . bolehlah gunakan laman web google.com . pasti jawapan anda akan dijawab olehnya . jangan risau dunia dah maju . maklumat di hujung jari , just "one" click 

Dan , sepanjang aku posting kat bilik tu lah , aku asyik jumpa abang hensem ni lagi tuff . tapi nasib baik aku tak minat pon dia , entah kenapa ramai yang tergila-gilakan dia . Biasalah tu , bila kita suka orang lain pulak yang tak berkenan . Dunia tak lari dengan hukumnya .. Nak tahu ke sapa "abang " tu .Alahh , dia seorang artis . dan sebenarnya aku dah bosan dahh tengok asyik jumpa  jer.  okeylah "abang " tu adalah En. Fahrin Ahmad . Ni lah dia . hensem tak ? pakai baju melayu lagi . pink . agak sesuai .. 

-Fahrin Ahmad-


cukup-cukuplah kita cerita pasal dia , Hari ni Malaysia ada Perhimpunan Bersih . aku haraplah dia orang sama-sama menjaga kebersihan alam . jangan dok bersihkan politik ,. apa dapat ? politik sana -sini . bosan dah aku . apa yang menarik sangat agaknya . aku peliklah , bila dunia dah aman . orang nak buat huru-hara . dah tak reti nak bersyukur agaknya . suka naka kembalikan ketidaktenteraman  (perghh ayat aku dah bombastik sangat ) . apa-apa , aku harapkan yang terbaik , rakyat Malaysia fikirlah baik-baik dengan segala tindakan yang akan anda lakukan , bak kata pepatah  : " Terlajak perahu boleh diundur , Terlajak kata tak boleh diundur " - makan diri lah nanti . Renung-renungkan dan selamat beramal .. ~ XD

sebenarnya , aku teringin gila nak pergi Pesta Buku Antarabangsa. lagi dulu weyhh aku teringin sangat nak pergi . aku dah tak boleh tahan nafsu ni . Maklumlah , sekarang ni aku kan dah jadi kaki novel . so apa lagi , inilah masanya untuk mendapatkan buku-buku dengan harga yang berpatutan . pergi sana , dah tentulah banyak puilihan . tapi bila ya , aku nak pergi ? risau pulak fikir . eii , risau pulak  pening maksud aku .
nantilah aku ajak geng , dia memang kaki novel gila-gila dari aku . aku ni baca novel sekurang-kurangnya satu buku sebulan , orang lain sehari dah sudahhhh . entahlah lain orang , lain perangai . hehehe .
okeylah , tatap lah poster bawah ni puas-puas , lepas tu boleh fikir nak pergi ke tak ? terpulang ~~~




-Menarik kan ? -


P/S : Selamat Membaca








No comments:

Post a Comment