okeylah tanpa membuang masa dan tak nak tambah masa untuk update blog bagai ni , mari aku teruskan pada tujuan utama aku . agak lama jugaklah aku menghilangkan diri dan membiarkan blog aku ni ditinggalkan bersawang tanpa sarang labah-labah . agak-agak dah berapa lama yea aku tak update blog kesayangan aku ni (betul ke sayang ? ) orang-orang yang bercinta kata , kalau sayang tak buat macam ni , biarkan tanpa teman . ermm , aku pon tak tahu . pasal apa ? sebab aku tak bercinta ! muktamad , still single and available . (boleh percaya ke?) kata orang ramai "hidup ni tak lengkap tanpa kisah cinta" . YES , actually i admit it . aku mengaku sebab kadang-kadang aku pon rasa jiwa aku ni kosong . tapi kalau rasa jiwa ni kosong , carilah cinta yang kekal abadi buat selama-lamanya . aku pasti semua orang tahu apa yang aku masksudkan .
okey , tanpa membuang masa . apa lagi marilah kita kembali ke topik utama . sebenarnya , aku tak ramai followers , readers pon maybe tak banyak . tapi aku kisah apa akan semua tu , hidup ni bukannya untuk mengejar peminat dan populariti mahupon kontroversi . dalam diam-diam aku tengok , one of my besties ni , alah , zaman sekolah rendahnya orang panggil dia unta . (sorry , saja2 gurau senda) . dan sekarang menuntut pelajaran di salah sebuah UNI dekat MESIR . aku pon tak pasti dan tak berapa tahu sangat . rasa-rasanya Uni Al-Azhar . (kalau tak silapalah ) . Okey , sebenarnya aku nak cakap satu je , pasal dia sebenarnya dia dah rajin update blog . sungguh ku tak sangka . tu lah biarkan lagi .blog ni bersarang dengan entah apa-apa je .
Dengan ini aku sertakan blognya sekali BaitiTheDivas . cuba-cubalah klik padanya . confirm tak menyesal . She's a doctor-to-be tau .. hahaha .
a doctor ? being a doctor actually is one of my ambition ..eh , apasal aku speaking ni . dah kembali kepada bahasa ibunda aku pulak . Okey , lupakan cita-cita aku . sebab aku suka doktor .. eh , ke situ pulak ???
sebenarnya, aku sedang meratapi saat-saat akhir aku di Muar ini . ayat sadis gila kan ? makna taknya . cuti aku dah nak habis . Ahad ni aku bakal pulang ke kota yang sesak , penuh dengan ribuan manusia yang sibuk ke kerja atau mana-mana saja . serabut terus otak aku bila fikir nak balik sana . yerlaah result bakal keluar . itulah sebenarnya yang paling aku risau .aku tak yakinlah untuk exam yang lepas tu . sebab entahlah . Hanya Allah sahaja yang tahu . tapi aku kena belajar bersyukur dan ikhlaskan hati , walau apa pon result yang bakal aku dapat . tapi demi Allah , aku takut nak menghadapi cabaran yang bakal aku tempuhi ni . Ya Allah , aku mohon padamu berikanlah keputusan yang terbaik untuk aku . -Amin- .
sebab aku dah lama tak update blog ?? senang je jawapannya .:
- malas .
- tak da idea (kekontangan belaka)
- tak da mood
- no story
itulah 4 reasons yang aku boleh bagi . but the truth banyak lagi sebab2 munasabah yang tak sanggup aku nak nyatakan . apa-apa jer lah aku ni . itu semua mengarut . bila aku tengok cerita Istanbul Aku Datang . menjadi-jadi pulak aku nak update blog . sumpah movie tu cool+awesome+sweet sangat-sangat . tak menyesal aku tengok . rasa macam nak tengok lagi . tapi apa yang penting , aku teringin gila nak menjejakkan kaki ke Turki . aku nak ziarah Aya Sofya , sebenarnya banyak gila ejaan untuk tempat ni . tapi serius cantik .. mula-mulanya adalah gereja , kemudian masjid dan sekarang adalah muzium . mahu saja , aku lihat akan kesan sejarahnya dan keunikannya .
| Istanbul Aku Datang |

ehem...ehemmm...kalau x godek, xtau pulakk org tu citer pasal besties dia zaman dulu2 kn....
ReplyDeletesengaja buat org rindu dia je..:')
p/s: nk p istanbul saing yea!! ^.^
hehhehe .. best tak entry pasal kau .?
Deleterindu ea ?
jom kumpul duit sama2 utk ke istanbul
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete