Tuesday, December 4, 2012

Hilang sakit

#aku rasa topik aku hari ni agak menarik , tapi kalau ada sesiapa yang rasa bosan awal-awal lagi aku nak pesan , anda boleh membatalkan niat untuk meneruskan pembacaan.(ceh , ayat sentap gila kan ?). lepas ni nak update twitter pulak #sentap .. hahhaha (ni lah , bahana twitter). okeylah , aku dah melalut sampai dari blogger ke twitter . nasib baik aku tak sempat lagi nak bukak new social site . kalau tak kalahlah fb ,twitter , instagram and etc. 

#okey, fokus utama topik aku untuk hari ini, mudah je . se-simple yang boleh aku cuba untuk terangkan. 
erti sakit : tipulah kan kalau korang tak tahu . tak per,jangan risau di sini aku sertakan maksudnya suatu perasaan yang berdenyut seperti sakit gigi, sakit kepala atau sakit akibat inflamasi.ceyhh,terasa diri aku macam cikgu bahasa melayu yang tak bertauliah atau pun seorang doktor yang berjaya merawat pesakitnya . angan-angan belaka kan ? padahal bidang yang aku pelajari tak de kait pon tapi kalau doktor tu adalah sikit . sikit je tau,tak banyak.

#Bermulalah al-kisah di sebalik kehidupan seharian aku, hari ni ada one of my classmates ambil cuti rehat. consider dia kurang sihatlah yea.biasalah kan ,kalau orang sakit mesti rasa sakit macam merana je. realitinya sakit tu macam mana teruk,siapalah tahukan . cubalah letak diri sendiri tu di tempat orang mengalaminya. barulah tahu apa rasa ? manis ? pahit ? tawar atau masam ?. mari kita lupakan kisah tu . tips yang aku nak berikan pada malam yang muda ni,adalah untuk berkongsi cara-cara menghilangkan sakit . tak kiralah teruk atau pon sederhana. 

#Mari kita mulakan dengan yang pertama . okey, ramai orang yang akan cakap bila kita sakit.pergilah makan ubat atau jumpa doktor.tapi ada manusia yang fobia dengan perkataan "DOKTOR" atau "UBAT" . Itu baru perkataan belum jumpa lagi.kalau jumpa lagilah aku tak terkata . mesti rasa macam haru je kan ? .pelbagai alasan yang akan diberikan oleh manusia yang takut atau fobia lah kan dengan perkataan tu . kalau macam tu lah caranya , macam mana nak baik ??? . kita belum cuba.belum tahu ! Bak kata pepatah , "nak seribu daya,tak hendak seribu dalih". kalau nak sembuh ,kita mestilah cuba pelbagai car.tapi kalau dah diri sendiri tu malas bertambah sakitlah diri tu dengan sikap malasnya.Suka hatilah dengan orang yang berperangai sedemikian. tapi yang tak boleh blahh, ada yang sakit tu tak nak jumpa doktor .depa pi jumpa tuk dukun. bak kata orang melayu bomoh . senang citer . awat jadi lagu tu ? kalau jumpa ustaz-ustaz boleh terima lagi tapi ni jumpa bomoh yang guna kemenyan , macam haramm jerr !!!






#yang kedua, ada jugalah sesetengah manusia ni yang dah sakit tu,tapi tak nak buat cari sakit.Tapi aku tak salahkan dia orang 100 % . maybe sebab sakit yang dia orang alami ni berkenaan dengan sakit rindu, sakit cinta dan lain-lain lagi yang berkaitan.Bila orang yang dah berkahwin atau "couple" ni kan dia lain sikit ubatnya . bila jumpa atau dapat perhatian lebih sikit..mulalah bahagia dan terus je rasa tak sakit.untungkan? rasa macam bahagia pulak dan time tu lah pulak nak cari pasangan hidup yang setia . hehehe (miangnya bunyi). itulah bahana cinta..cinta oh cinta ! . Dari sakit tu kronik , terus je pulih. yerlahh kadang-kadang si pasangan tu sakit sebab rindu . mana tak nya , jumpa je si tercinta tu terus terubat rindu.boleh dikatakan mujarablah kan ?

-sweet tak ?-
#Lastly,aku rasa banyak orang lupa kan? kadang-kadang bila sakit tu mulalah merungut.Kenapa aku yang sakit? Kenapa tak orang lain? Kenapa Allah tak adil? ermm...kata-kata sedemikian perlulah ditepis jauh. Ada sebab kenapa Yang Maha Berkuasa itu melakukan sedemikian mungkin ianya bertujuan untuk menguji hambanya.Kita kena ingat kalau hidup ni sentiasa je indah tanpa sebaran dugaan atau musibah tiada cabaran lah.Ada yang dah tersasar jauh,baru nak ingat pada cinta yang Abadi. tapi Alhamdulillah sempatlah mereka berubah ke arah kebaikan.tapi kenapa bersikap sedemikian rupa? apabila diuji,baru dicari . 
renung-renungkanlah dan selamat beramal.Kalau boleh sakit atau tak sakit sekalipun , rajin-rajinlah berdoa pada Allah agar sentiasa sihat walafiat. Ingat yang baik itu datang dari ALLAH,yang buruk itu dari siapa ? diri kita juga..:)

P:S marilah kita sama-sama merenung masa depan.tak semua yag kita hendak di dunia ini mampu dikecapi. Dan kesihatan yang diberi oleh Allah itu boleh ditarik pada bila-bila masa.Sentiasa ingat pada yang Maha Esa:).--->Peringatan untuk diri sendiri jugak !

No comments:

Post a Comment