Sunday, December 9, 2012

Menulis Novel

Dah lama gila,aku terfikir nak cuba untuk menulis sebuah cerpen.nak tulis novel ? memanglah aku tak mampu lagi.Tapi kalau dapat tulis,memang aku bangga gilalah kan walaupun tak diterbitkan lagi.sumpah awesome gila.Terbayang-bayang bila rakan-rakanku atau sesiapa sahaja sedang memegang novel aku .itu baru pegang,belum baca lagi tu.sudah pasti jantung aku akan berdebar-debar dan yang paling penting aku akan bersedia untuk menerima kritikan pedas mahupun yang memberansangkan(betul ke eja ni) . tengok tu, ejaan aku pon bukannya banyak yang betul walaupun dalm SPM aku mencapai gred A+ dalam subjek Bahasa Melayu.Gred pada kertas tak bermakna,kita akan bijak buat selama-lamanya.Apa gunanya ilmu yang penuh di dada tapi tidak digunakan untuk masa depan dan diaplikasikan dalam kehidupan

Tengok sahaja semua entry aku yang berterabur Bahasa Melayu dan Inggerisnya.Dah lah huruf-huruf ni tak boleh berjalan tapi berterabur,bersepah-sepah.Jadi kita nak salahkan siapa ? Otak yang ligat berfikir atau jari jemari yang begitu tangkas menaip huruf stau persatu.Wow,gramatis tak ayat aku? Aku pon tak sangka yang aku masih bisa mengaplikasikannya lagi.

Nak jadi penulis? Jujur aku cakap awal-awal aku bukan seorang gadis yang dilahirkan untuk menjadi penulis.tak terlintas langsung di fikiran aku nak jadi penulis . Tahu tak ? Tapi bila aku dah jadi seseorang yang ketagih akan novel-novel cinta.Aku dah tak sanggup lagi,rasa nak tukar minat.jadi seorang penulis dan kalau berjaya tak salah . Tak salah betulkan? Jangan pandai-pandai yea nak menjatuhkan hukum kalau rasa diri itu bukan Divas(hahahha) . Itu semua mengarut ! 

Nak jadi penulis ni,perlulah cukup ilmu bukan setakat Pro dalam BM malah fakta dan pengetahuan tu kena sentiasa "top-up".Bukan seperti men"top-up" kredit untuk handphone tu tapi diri sendiri pon jangan lupa.:)
Modenisasi ini,aku tengok berapa ramai nama-nama penulis baru telah naik seperti Kak Melur Jelita. She's the best Writer in the world.(bukan nak membodek tapi realiti).Aku selalu tertunggu aku novel baru dia. Memang best gila novel dia, rugi kalau tak baca . Gila rugilah .. 

Bila agaknya aku nak jalankan projek aku yang tak menjadi ni? Makin lama,makin bertangguh . sibuk dengan twitter lah .entah apa-apa je aku update. pasal cintalah , studylah .. blahhlahhh semua tu. 
semua tu kerja sia-sia ,buang masa . aku baru je deactivate Fb , Twitter pon mungkin menyusul . 




P/S : nantikan sebuah cerpen ringkas dari aku :)

No comments:

Post a Comment