Tuesday, January 29, 2013

Setia Hujung Nyawa

Hey,hey ! orang lain dah lama gila update pasal cerita ni tapi aku lain pulak cerita.
ape kes ?? dah separuh jalan nak sampai ending dah niiiii.. sumpah aku ketinggalan zaman.
Aku bukan apa,baru dapat idea nak update blog yang kawaii ni (perasan sungguh). Tak pe dalam hidup ni orang kata kita perlu perasan sikit .Kalau dalam kelas kita akan jawab macam ni :

Cikgu : Pernah belajar tak pasal benda ni ?
Pelajar : Tak pernah kowtt..
Cikgu  : (mulalah mencari nota sebelumnya)
Pelajar : eh,baru perasan !
Cikgu : owhh,baru perasan.Kalau orang puji bukan main cepat perasan kan ?

Hehehehe...aku tahu confirm korang semua pernah jawab macam tu kan bila dalam kelas.. Biasalah tu , lumrah kehidupan manusia.Okeylah dari buang masa ceciter hal ni . Meyhh kita sentuh sikit pasal Drama yang tengah hot dekat TV3 sekarang ni . Aku ,first time je tengok,tak boleh dah nak tukar channel.Nak pergi tandas pon fikir berpuluh kali . Dahsyat kan bahana Setia Hujung Nyawa .

Maybe,ada sesetengah orang tak sempat tengok lagi kowt cerita ni ataupun memang tak pernah tengok langsung! Tak per lahhh.bawah ni.. aku tunjuk kan sikitlah cover drama hot ni tau . Rugilah tak tonton. Sebenarnya,drama ni diadaptasikan dari sebuah novel yang bertajuk Setia Hujung Nyawa jugak karya Fatin Nabila .


-cover drama tau !-

Aku nak cerita sikitlah pasal sinopsis drama hot ni.Sebenarnya,Zain Hakimi ni sepatutnya berkahwin lagi seminggu tapi girlfriend dia tinggalkan dia.Jadi Mak Zain ni pulak dah berkenan dekat Ersalina . Jadi apa lagi dua-dua setujulah. Bagi mak Ersalina,pula ibarat "orang mengantuk disorongkan batal"  sebab Ersalina telah hamil tanpa diketahui olehnya.Sampailah dia orang berkahwin,si ersalina masih tak tahu akan statusnya . Sampailah kebahagiaan rumahtangga yang dia orang alami,musnah gara-gara keguguran Ersalina.Untuk maklumat lanjut,tontonlah cerita ni sehingga habis.Aku nak tulis banyak pon,bukannya aku ni pandai menulis. Setakat update blog yang tak da pembaca ni ,bolehlah ~


Ersalina (Nelydia Senrose) dan Zain Hakimi (Amar Asyraf)


Itulah tunggak utama drama hot ni. Sweet tak ??? adakah cinta mereka kekal dan setia hingga ke hujung nyawa . Bila aku baca tajuk drama ni,aku pon terfikir,"mampukah aku mempertahankan cinta aku??? hah,pernah tak kurang terfkir ? kalau tak pernah,fikir-fikirkan .. renung-renungkan dan selamat bertenang ~

-SETIA HUJUNG NYAWA-

Kononnya,bawah ni lah pelakon hero-hero dalam drama tu . Bukan konon lagi ,memang realiti. Sorang lagi tertinggal iaitu Hairul Azreen.Maybe dia busy kot dengan Fear Factor ..sebab dia kan masuk fear factor selebriti Malaysia !

-Handsome tak kami?-

Sampai sekarang aku still mencari-cari novel hot ni .! Dah tak diterbitkan ke ? KENAPA ? NAK BELI ONLINE ? aku tak pandai.Tapi aku akan cari sampai ke lubang caciing . Kinokuniya Bookstore aku belum terjah !


 P/S : TONTON JANGAN TAK TONTON !


Sunday, January 20, 2013

Happy Holiday

Okey,first of all happy holiday to all universities student yang sedang bercuti . Kononnya . Kenapa aku cakap macam tu ? sebab tak semua orang bila dapat cuti semester dia orang bercuti dan rehat di rumah , ada yang kerja part time tau nak cari duit tambahanlah katakan. Sikap macam ni kira okeylah kot kalau pandai bahagikan masa kepada aktiviti yang berfaedah.

sebenarnya aku pon sedang di alam percutian yang tak berapa sangatlah . Maklumlah all my friends cuti punyalah lama about 1-2 months tapi aku dalam seminggu-2 minggu je . Okeylah kot daripada tak da cuti . Aku bersyukurlah at least dapat cuti . Tapi cuti yang seminggu teramatlah padat jadual harian . Pejam celik, pejam celik tinggal lagi 7 hari gitu . Tak terasa sangatlah cuti tu . Nak pergi honeymoon , jangan haraplah . Jangan salah faham dengan maksud honeymoon tu  sebab aku belum kahwin lagi . still single mingle gituu..  


                                          


tengok gambar kartun dekat atas tu , punyalah dia happy kan ? Okey,sumpah aku tak tahu nak buat apa dekat rumah . Tapi bestnya , aku belajar masaklah kan . Maklumlah umur dah berapa,..dah nak gena 20 tahun,.Malulah weyyhh kalau tak pandai masak.Nak tak nak kena belajar juga.Later on,aku uplode gambar masakan terbaru aku siap dengan resipi sekali . Tunggu dan lihat yea :)

Okeylah,dalam waktu cuti ni dapatlah aku luangkan masa bersama famili dan rakan-rakan . Tak sabar rasanya nak jumpa kawan-kawan . Diam tak diam , aku dah 2 hari berada dekat Muar ni . Bandar Diraja kesayangan aku tau , korang ada ???

Lastly,enjoy your holidays..


                               


P/S : Masa cuti hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin.Rancang dahulu aktiviti anda,baru menghiburkan.Isi dengan aktiviti yang berfaedah yea , JANGAN LUPA TU ! SOLAT 5 WAKTU !

Monday, January 14, 2013

Asignment Jadi Asigman

Entah,apa-apa je entry aku punya title hari ni ?
Aku pon tak pasti sebenanarnya akan tajuk yang sesuai tapi yang aku pasti 200% kenapa aku on lappy on this day adalah untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah yang bertauliah . Bertauliah ? kenapa mesti bertauliah ? of courselah penting,nak ke korang buat asignment untuk pensyarah dari mana-mana je ? yang entah apa-apa ? graduate ke tidak ? (Oooops,di sini aku bukan nak kutuk mana-mana pihak yang berkaitan dengan pendidikan) .Aku siang-siang nak minta maaf ni tapi tengah siang ke ni?

Bukan apa,zaman sekarang ni salah cakap sikit mengamuk silap hari bulan . Bulan daripada terbit , hilang menyepi dari menerangi cahaya alam ini . Tak ke rugi ,bila nikmat telah ditarik oleh Yang Maha Berkuasa.
okey,aku dah menyimpang sangat-sangat ni .

Tapi pernah tak kita terfikir kenapa ibadah yang suruh dilakukan Allah kita tak buat tapi Lecturer bagi berhempas pulas kita buat . Kenapa ? Kenapa ? dan kenapa ? Renung-renung kan . Aku sure lah ada yang tak faham sangat dengan apa yang aku cuba sampaikan . Let me give an example :

Contoh 1 : Apabila seorang guru memberi tugasan .

Guru : okey,sila siapkan tugasan
Pelajar :baik cikgu (dalam hati berkata , hishh bencinya)

Kesimpulannya,walaupun kita tak suka kita still buat tai untuk apa ? elak kena marah , help in carry marks , pelajar cemerlang . Okey stop it !! Kenapa tak je ,kita jawab macam ni , " Cikgu kalau saya tak nak buat macam mana ?"/Kenapa kena buat ? Malaslah nak buat cikgu ?
Kenapa kita semua tak buat macam tu yea .. Okey,2nd example :

Contoh 2 : Berkaitang dengan solat '

Hamba : kenapa kena solat ?

Kesimpulannya , kenapa kita kena solat ? Bila sebut pasal solat je atau ada orang suruh solat berjuta alasan kita sebagai seorang manusia cuba berdolak dalih .Tapi bila lecturer bagi tugasan boleh je buat , Bila tiba bab solat , hmmm macam-macamlah perkataan nak keluar dari mulut . Nak cover diri sendiri .Patut ke ? Aku bukan apa weyhh , peringatan untuk diri sendiri jugak ! Maklumlah manusia tak sempurna .Hidup pon sementara je dekat muka bumi ni dan ingatkanlah diri bahawa kita menumpang dunian-Nya.

Macam ni lah , masing-masing muhasabah diri . Kenapa benda-benda macam ni berlaku ? Manusia tak ambil pusing . Sibuk mengejar ilmu di dunia,tapi untuk akhirat tak bertungkus lumus . Maybe lah kita laksankan tapi sekadar menurut perintah . Belum dengar jawapan dari orang yang memang tak solat .Lagilah.
Jawapan yang diberi mudah tak ikhlas kalau dipaksa . Nak kira ikhlas tu bila ,kalau kita sendiri pon tak paksa diri,sampai bila ?? Sampai bila ? come on lah . Ikhlas tu ibarat semut hitam yang berjalan di tanah hitam pada waktu gelap.Betapa tak nampaknya keikhlasan tu ? Jadi paksakan diri,lama-lama kita sedar akan realiti .

okeylah,actually aku nak cerita pasal asigment aku yang tergendala gara-gara internet . Thanks lah give me the best wifi P1 ( tuihh lah) . Rosak plan aku kalau hari-hari online. But today aku kira awesome cause dapat  skype with my friend . Yang tinggal jauh dari semenanjung Malaysia. Best gila !! :) Love it .
Thanks sangat-sangat dekat kau nadia ,sebab sanggup layan aku walhal kau dah nak exam ni .
sorry ganggu study :) But thanks layan aku .



P/S : ambillah pengajaran dan iktibar .Sekian :)

Sunday, January 13, 2013

Apabila blog aku dikomen oleh seorang artis

Hola,hola,hola !! sumpah aku sampai sekarang tak percaya akan apa yang telah terjadi.
Terkejut besar , terkejut beruk ,terkejut jantung ..semua terkejut adalah .
Waktu aku bukak box comment tu,aku tengok berkali-kali..betul ke ? Kalau korang berada di situasi aku,confirm menjeritkan ?? Yang tak menjerit tu maybe depa tak ada blog sendiri atau dah biasa dengan komen2 artis ni .Tapi bagi aku sumpah berbeza perasaan tu sebab aku ni followers lebih 10 pon tak ..
Sebab tu aku menjerit-jerit dan kekejutan berkali-kali .Tak percaya ? tengoklah picture bawah ni.. Aku tipu? edit sendiri? sumpah tak da nya aku buat kerja bodoh tu . Tipu-tipu ni tak baguslah weyhh.






Then,aku apa lagi cakaplah dekat members yang blog aku dikomen oleh seorang artis iaitu adza irdawati .
Thanks sangat-sangat dekat Mak Dara .Aku confirm ramai yang kenal kan ? meyhh ,aku cerita sikit perihal mak dara ni ..  mak dara kalau salah ,mohon ampun yea :) okey,tanpa membuang masa ..aku ceciter sikit yea .. 

Nama   : Adza Irdawati binti Adenan
Pekerjaan : Penyanyi,penulis skrip,penulis blog,pelakon dan macam-macam lagi tak silap aku
Berasal dari : Kulim,Kedah 
Status : Berkahwin dengan  Martias Mohd Ali 


sorry,ambil gambar ni ..  

Itu je  yang aku boleh cerita ..sebab banyak benda aku tak tahu sangat . Aku takut kalau tersilap info.Boleh jadi benda lain . Okey,firstly apa aku nak cakap pasal blog aku ni adalah aku tak famous langsung . Followers aku dikalangan kawan aku jer dan faktor yang menjadikan blogger aku ni tak ramai peminat adalah aku suka follow orang secara rahsia dan aku tak pernah ciciter dekat orang lain .Kenapa ? sebab aku pemalu tahu tak ? hehehehe ..
Untuk jadi popular ni memang susah ,tapi kita kena giat berusaha . Jangan mudah putus asa. Actually ,before this,aku ada blog lain gak tapi aku malas nak aktifkan balik sebab dikecam oleh orang-orang yang tak sepatutnya . Tu lah pasal apa,blog aku biarlah jadi blog aku je,tak yah nak sibuk sangatlah kan ?
Tengok bila aku dah emo,macam-macam kata nak keluar dari mulut aku. haishh..baik aku stop awal-awal .

Kalaulah hari-hari blog aku ni dikomen oleh orang-orang glamour,confirm aku pon glamour .Okey,stop it ! Aku dah mula perasan bak diva .Tapi wujudnya pepatah yang berkata," cita-cita kan bermula dari angan-angan".hehehehe...sampai sekarang tau,aku still pegang pada pepatah yang tak berapa nak patah tu .

P/S : Thanks for the comment  Mak Dara . Do support me :) Harap-harap info yang saya cakap tu betullah yea .. hehehe ..