Okey,first of all happy holiday to all universities student yang sedang bercuti . Kononnya . Kenapa aku cakap macam tu ? sebab tak semua orang bila dapat cuti semester dia orang bercuti dan rehat di rumah , ada yang kerja part time tau nak cari duit tambahanlah katakan. Sikap macam ni kira okeylah kot kalau pandai bahagikan masa kepada aktiviti yang berfaedah.
sebenarnya aku pon sedang di alam percutian yang tak berapa sangatlah . Maklumlah all my friends cuti punyalah lama about 1-2 months tapi aku dalam seminggu-2 minggu je . Okeylah kot daripada tak da cuti . Aku bersyukurlah at least dapat cuti . Tapi cuti yang seminggu teramatlah padat jadual harian . Pejam celik, pejam celik tinggal lagi 7 hari gitu . Tak terasa sangatlah cuti tu . Nak pergi honeymoon , jangan haraplah . Jangan salah faham dengan maksud honeymoon tu sebab aku belum kahwin lagi . still single mingle gituu..
tengok gambar kartun dekat atas tu , punyalah dia happy kan ? Okey,sumpah aku tak tahu nak buat apa dekat rumah . Tapi bestnya , aku belajar masaklah kan . Maklumlah umur dah berapa,..dah nak gena 20 tahun,.Malulah weyyhh kalau tak pandai masak.Nak tak nak kena belajar juga.Later on,aku uplode gambar masakan terbaru aku siap dengan resipi sekali . Tunggu dan lihat yea :)
Okeylah,dalam waktu cuti ni dapatlah aku luangkan masa bersama famili dan rakan-rakan . Tak sabar rasanya nak jumpa kawan-kawan . Diam tak diam , aku dah 2 hari berada dekat Muar ni . Bandar Diraja kesayangan aku tau , korang ada ???
Lastly,enjoy your holidays..
P/S : Masa cuti hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin.Rancang dahulu aktiviti anda,baru menghiburkan.Isi dengan aktiviti yang berfaedah yea , JANGAN LUPA TU ! SOLAT 5 WAKTU !

No comments:
Post a Comment