Tuesday, January 29, 2013

Setia Hujung Nyawa

Hey,hey ! orang lain dah lama gila update pasal cerita ni tapi aku lain pulak cerita.
ape kes ?? dah separuh jalan nak sampai ending dah niiiii.. sumpah aku ketinggalan zaman.
Aku bukan apa,baru dapat idea nak update blog yang kawaii ni (perasan sungguh). Tak pe dalam hidup ni orang kata kita perlu perasan sikit .Kalau dalam kelas kita akan jawab macam ni :

Cikgu : Pernah belajar tak pasal benda ni ?
Pelajar : Tak pernah kowtt..
Cikgu  : (mulalah mencari nota sebelumnya)
Pelajar : eh,baru perasan !
Cikgu : owhh,baru perasan.Kalau orang puji bukan main cepat perasan kan ?

Hehehehe...aku tahu confirm korang semua pernah jawab macam tu kan bila dalam kelas.. Biasalah tu , lumrah kehidupan manusia.Okeylah dari buang masa ceciter hal ni . Meyhh kita sentuh sikit pasal Drama yang tengah hot dekat TV3 sekarang ni . Aku ,first time je tengok,tak boleh dah nak tukar channel.Nak pergi tandas pon fikir berpuluh kali . Dahsyat kan bahana Setia Hujung Nyawa .

Maybe,ada sesetengah orang tak sempat tengok lagi kowt cerita ni ataupun memang tak pernah tengok langsung! Tak per lahhh.bawah ni.. aku tunjuk kan sikitlah cover drama hot ni tau . Rugilah tak tonton. Sebenarnya,drama ni diadaptasikan dari sebuah novel yang bertajuk Setia Hujung Nyawa jugak karya Fatin Nabila .


-cover drama tau !-

Aku nak cerita sikitlah pasal sinopsis drama hot ni.Sebenarnya,Zain Hakimi ni sepatutnya berkahwin lagi seminggu tapi girlfriend dia tinggalkan dia.Jadi Mak Zain ni pulak dah berkenan dekat Ersalina . Jadi apa lagi dua-dua setujulah. Bagi mak Ersalina,pula ibarat "orang mengantuk disorongkan batal"  sebab Ersalina telah hamil tanpa diketahui olehnya.Sampailah dia orang berkahwin,si ersalina masih tak tahu akan statusnya . Sampailah kebahagiaan rumahtangga yang dia orang alami,musnah gara-gara keguguran Ersalina.Untuk maklumat lanjut,tontonlah cerita ni sehingga habis.Aku nak tulis banyak pon,bukannya aku ni pandai menulis. Setakat update blog yang tak da pembaca ni ,bolehlah ~


Ersalina (Nelydia Senrose) dan Zain Hakimi (Amar Asyraf)


Itulah tunggak utama drama hot ni. Sweet tak ??? adakah cinta mereka kekal dan setia hingga ke hujung nyawa . Bila aku baca tajuk drama ni,aku pon terfikir,"mampukah aku mempertahankan cinta aku??? hah,pernah tak kurang terfkir ? kalau tak pernah,fikir-fikirkan .. renung-renungkan dan selamat bertenang ~

-SETIA HUJUNG NYAWA-

Kononnya,bawah ni lah pelakon hero-hero dalam drama tu . Bukan konon lagi ,memang realiti. Sorang lagi tertinggal iaitu Hairul Azreen.Maybe dia busy kot dengan Fear Factor ..sebab dia kan masuk fear factor selebriti Malaysia !

-Handsome tak kami?-

Sampai sekarang aku still mencari-cari novel hot ni .! Dah tak diterbitkan ke ? KENAPA ? NAK BELI ONLINE ? aku tak pandai.Tapi aku akan cari sampai ke lubang caciing . Kinokuniya Bookstore aku belum terjah !


 P/S : TONTON JANGAN TAK TONTON !


No comments:

Post a Comment